Bismillah.
Sekarang ni dah March, bermaksud dah masuk bulan baru kat sini. Alhamdulillah.. Masa datang hari tu, boleh kata, akulah yang bawak makanan paling banyak dari Malaysia. Mana taknya, 3 luggages bawak, 2 luggages tu memang isi makanan je, sampai exceed berat sampai 31kg heeeee. Tapi bila dah sampai sini, tengok semua stok makanan tu, rasa macam bersyukur sangat, kalau tak, mesti menangis sebab makanan kat sini bukan jenis yang boleh ditelan hari-hari.
Our stock of food so far masih stable. Banyak lagi makanan yang ada, cuma basic needs yang kami tak bawak dari Malaysia which we know we could get those from here memang kena topup setiap bulan. Contoh macam beras (beras turki, tak dapatnye beras cap burung serindit ke beras Faiza kat sini), gula, bawang, sayur, minyak masak.. Haa semua-semua tulah. Macam biasa yang kita selalu beli dengan family setiap bulan. Kat sini pun kami kena buat macam tu. Jadi hari ni kami pergi grocery shopping kat hypermarket dekat rumah. Duduk sini memang kena consider banyak, sebab certain barang memang mahal harga dia. So kami dah siap budget awal-awal dari rumah. Lepas dah tengok keadaan barang dapur bulan lepas, Maie dah buat roughly budget untuk rumah. Memang sangat jimat lah compare dengan kena makan luar hari-hari. Mesti lagi banyak expenses. Alhamdulillah.. Belajar lagi. Budget budget ni finance okay (^^,)
Hari ni kitorang keluar dalam pukul 10.30 pagi macam tu lah lebih kurang, sejuk ya rabbi.. tak boleh tahan. Tapi sebab barang dapur punya pasal, teruskan perjuangan jugak. Heheh. Masa on the way tu, jumpa pulak anjing.. Adeh. Kabut jugak lah kami lari. Seram anjing kat sini. Walaupun nampak manja, tapi kami tak mengira manja. Kalau dah nama dia anjing, dalam fikiran memang keluar sign [DANGER] je. Hihi.
Hmm, kat Istanbul ni, kami tak jumpa a decent supermarket or hypermarket yang best-best macam kat Malaysia. Kiranya, tak macam Malaysia yang ada tempat shopping best-best macam cendawan tumbuh selepas hujan. Berbahagialah ada Mydin Mall, Giant, Tesco, Aeon tu semua. Kat sini yang paling best setakat ni Carrefour, kira antara yang besar lah kat sini, tapi tu pun jauh dari rumah. Sebab Carrefour yang kami jumpa kat Asian side. Kena cross laut jugak. Jadi, kami pun bersyukur je ada Namli Hypermarket dekat dengan rumah. Sekurang-kurangnya boleh jalan je pergi beli barang dapur. Lagi pun hypermarket dia agak besar. Sayur sayur pun segar. Cuma kena pandai compare harga. Biasalah, duduk negara orang, we try to save as possible as we could. Hehe.
Lepas shopping, perkara wajib buat, makannnnnnnnn. Tadi lepas pergi Namli, kami lunch kat Isos Doner. Makan durum dengan doner je. Durum tu macam Twister KFC, doner macam chicken sandwich tapi ni masak panas-panas punya. Kisahnya, sebab plan nak pergi Malezya Restaurant tak jadi, due to angin yang sangat kuat
dan probability nak hujan sangat tinggi. Takde rezeki hari ni...
dan probability nak hujan sangat tinggi. Takde rezeki hari ni...
0 comments